Sambil Tengok Klik Lah Sekali....

Thursday, April 17, 2014

Kek Untuk Majlis Perkahwinan...

Alhamdulillah banyak juga sekarang nie dapat tempahan kek coklat moist untuk majlis perkahwinan...
Ada yang nak 2 tingkat dan ada juga yang nak 3 tingkat...

Harga untuk 2 tingkat bermula dari RM 70 ke atas...
Manakala untuk 3 tingkat bermula dari RM 120 ke atas...
Harga tersebut bergantung kepada dekorasi yang dibuat...


Nie contoh kek 2 tingkat yang kami buat...
Atas : Kek 1 kilo
Bawah : Kek 1 setengah kilo


Nie pula contoh kek 3 tingkat yang kami buat...
Atas : Kek setengah kilo
Tengah : Kek 1 kilo
Bawah : Kek 1 setengah kilo atau 2 kilo..

Yang berminat nak buat tempahan bolehlah hubungi kami...

Sambutan Hari Lahir Hana...


Selamat Hari Lahir Nurul Aqilah Hana yang ke 4 tahun...

Semoga menjadi anak yang solehah & taat pada perintah Nya...
Ummi, Abi & Adik Syahmi sayang Hana...

Tahun nie sekali lagi Hana sambut birthday dengan kawan-kawannya ditaska... 

Tu yang buat kek princess tu untuk dia...
sampai taska tengok kek tu pun dah siap posing juga... (senget sikit badannya dah...)

Kali ini buat sedikit persiapan untuk birthday hana...
Bagi diorang door gift gula-gula...



Meriah sambutannya ditaska... Siap pose dengan kawan-kawan dan cikgu lagi...



 Terima kasih kepada kawan-kawan dan cikgu yang meraikan hari jadi Hana...



Kek Princess Muslimah atau Kek Barbie Doll Bertudung

Baru-baru nie buat masjlis sambutan hari lahir anak sulung di taska dia... so cuba hasilkan sesuatu yang baru...

So nie lah hasilnya...

Kek Coklat Moist with decoration Barbie Doll Muslimah... ala-ala princess muslimah gitu... he he hee...





Ketekunan dan kesabaran yang kuat perlu ada untuk menghasilkan yang terbaik...
Alhamdulillah cubaan pertama menjadi...

So kepada sesiapa yang ingin membuat tempahan bolehlah hubungi kami...
Harga dikira mengikut dekorasi bermula dari RM 70 untuk kek coklat sekilo.

019-6956724 (Joe) @ 019-5086919 (Yat)

Door Gift : Apam Polka Dot in Box

Salam.

Lama dah tak update blog... Kekangan masa membuatkan kami tidak berkesempatan nak update blog sampaikan ada yang call bertanya "Ada buat Apam Polka Dot lagi tak?" he he heee... nampak sangat dapat contact kami dari blog nie...

Untuk makluman semua kebanyakan citer baru kami, kami update dekat Facebook Ummiabihana Bakery so tu yang blog tak ter'update' tuu...

Maafkan kami yer...

Beberapa bulan lepas kami dapat tempahan apam dari Syarikat Kargo Ipoh untuk buat Apam Polka Dot sebagai door gift untuk family day diorang... so nie lah yang terhasil...


Setiap box kami isikan dengan 4 biji apam saiz M


So yang berminat nak buat tempahan boleh lah hubungi kami...
Harga Satu Box with riben & apam kami kira RM 2.80 sekotak.


 Hubungi : 019-6956724 (Joe) @ 019-5086919 (Yat)

Friday, June 28, 2013

Mini Pelamin

Pengalaman pertama membuat mini pelamin untuk majlis pertunangan Noor Atiqah... Alhamdulillah berjaya juga... hasil gabungan idea-idea internet & juga ahli keluarga... Ini kes nak cut cost lah nie... nak sewa pun agak mahal so gunakan lah kreativiti yang ada serta bunga-bungan yang sedia ada... macam mana ok tak?

Ingat kalau ada rezeki & modal boleh lah buka butik sewaan pelamin sahaja... UmmiAbiHana Bridal... Ha ha haa... berangan...mana tau boleh jadi kenyataan... ki ki kkkiii...

Jom Order...

Salam...

Seperti tahun-tahun lepas... menjelang Ramadhan UmmiAbiHana Bakery akan mengedarkan sample-sample biskut raya untuk pelanggan merasai dan membuat tempahan semperna lebaran yang akan datang...

Tahun ini kami datangkan dengan lima pihan biskut...

Mini Chips : RM 16 untuk 50 biji
Gabungan coklat chips dan badam. Antara biskut yang mendapat banyak tempahan tahun-tahun sebelum ini.

Peanut Cookies : RM 16 untuk 50 biji
Campuran peanut butter dihiasi dengan lorekkan coklat. Tahun nie kami kecilkan saiz & bentuk biskut ini bagi memberikan harga yang berpatutan kepada pelanggan.

Chocolate Almond : RM 17 untuk 50 biji
Gabungan koko & badam

Choco Chips : RM 18 untuk 50 biji
Biskut baru yang diperkenalkan pada tahun ini. Campuran koko, coklat chips & badam.

Biskut Turkey : RM 20 untuk 50 biji
Juga biskut baru yang diperkenalkan untuk tahun ini. Berintikan coklat di dalamnya...

So apa tunggu lagi... kepada pelanggan-pelanggan yang berminat sila hubungi kami untuk tempahan. Tempahan hanya dibuka sehingga 12 Julai 2013 bersamaan dengan 3 Ramadhan 1434 sahaja bagi kami untuk menyediakan tempahan anda....

Jom Order...

Hubungi
019 - 695 6724 (Joe) atau 019 - 508 6919 (Yat)

Friday, May 31, 2013

Pelbagai Ragam Tempahan Apam...

Alhamdulillah... Banyak tempahan yang diterima sampaikan nak update blog pun tak sempat... ada tempahan yang diterima daripada kenalan terdekat tak kurang juga dari pelawat-pelawat blog yang pertama kali membuat tempahan daripada kami... Tqvm kami ucapkan...

Request dari pelanggan mintak warna hitam kuning... tapi hitamnya tak jd sangat... macam kelabu jer... he he hee.. sorry. Next time kami cuba lagi sampai jadi hitam pekat...

Nie juga request dari pelanggan nak apam dalam cup muffin... RM 1.20 satu...

Yang nie pulak pelanggan nak serupa dengan apam yang dibuat hantaran seperti dalam tulisan blog yang lepas serta apam saiz S utk buat makan-makan.

Anyway kami ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pelanggan yang pernah membuat tempahan dengan kami... kepada yang ingin mencuba jangan lupa hubungi kami.... InsyaAllah kami akan cuba berikan yang terbaik...

Joe ( 019 - 695 6724 ) @ Yat ( 019 - 508 6919 )
Email : ukurbahan81@gmail.com