Sambil Tengok Klik Lah Sekali....

Showing posts with label Lain-lain. Show all posts
Showing posts with label Lain-lain. Show all posts

Thursday, April 17, 2014

Sambutan Hari Lahir Hana...


Selamat Hari Lahir Nurul Aqilah Hana yang ke 4 tahun...

Semoga menjadi anak yang solehah & taat pada perintah Nya...
Ummi, Abi & Adik Syahmi sayang Hana...

Tahun nie sekali lagi Hana sambut birthday dengan kawan-kawannya ditaska... 

Tu yang buat kek princess tu untuk dia...
sampai taska tengok kek tu pun dah siap posing juga... (senget sikit badannya dah...)

Kali ini buat sedikit persiapan untuk birthday hana...
Bagi diorang door gift gula-gula...



Meriah sambutannya ditaska... Siap pose dengan kawan-kawan dan cikgu lagi...



 Terima kasih kepada kawan-kawan dan cikgu yang meraikan hari jadi Hana...



Friday, June 28, 2013

Mini Pelamin

Pengalaman pertama membuat mini pelamin untuk majlis pertunangan Noor Atiqah... Alhamdulillah berjaya juga... hasil gabungan idea-idea internet & juga ahli keluarga... Ini kes nak cut cost lah nie... nak sewa pun agak mahal so gunakan lah kreativiti yang ada serta bunga-bungan yang sedia ada... macam mana ok tak?

Ingat kalau ada rezeki & modal boleh lah buka butik sewaan pelamin sahaja... UmmiAbiHana Bridal... Ha ha haa... berangan...mana tau boleh jadi kenyataan... ki ki kkkiii...

Monday, March 19, 2012

Pindah...


Setelah sekian lama beroperasi di Menglembu, Ipoh... kami kini berpindah ke Pengkalan Pegoh, Lahat, Ipoh... Alhamdulillah rezeki yang Allah bagi...

Tu yang lama tak update blog tuu... hari nie baru ada kesempatan.... Alhamdulillah tempahan kini juga banyak setiap minggu... sampaikan terpaksa tolak sebab tak cukup tenaga kerja... Terima kasih kepada pelanggan-pelanggan yang menyokong Ummiabihana Bakery...

So selepas ini orang-orang yang berada di sekitar pengkalan dekat lah kami nak hantar @ nak datang ambik kek atau apam...

Semoga sokongan kalian terhadap Ummiabihana Bakery berterusan... Terima Kasih semua...

Thursday, December 1, 2011

Hari Jualan Puspanita


Tempoh hari join jualan puspanita JPN Perak buka gerai...

Alhamdulillah jualan memberangsangkan terutama Apam Polka Dot & Cake Chocolate Moist...Sampaikan tak cukup... banyak permintaan tapi kami buat stok untuk jualan sikit jer... baru nak test market lah katakan...


Sample rasa semua habis... banyak juga feedback dari customer...

Kami mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak Puspanita JPN Perak [kalau ada buka gerai jualan lagi boleh lah jemput kami lagi...] dan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada staf & semua pelanggan JPN Perak yang sudi membeli & merasa produk kami... Kalau nak tempah jangan lupa hubungi kami yer...

Terima kasih buat semua...



Friday, October 28, 2011

Kukus Baru


Alhamdulillah, berkat tempahan yang memberansangkan dapat juga kami beli kukus baru nie... 40 cm


Kukus lama dulu 28 cm jer... banyak kali lah kena kukus terutamanya apam polka dot...

So dengan adanya kukus baru nie... cepat lah sikit proses mengukus apam...


InsyaAllah dengan adanya kukus yang lebih besar nie boleh lah kami keluarkan beberapa produk baru yang dikukus....

Tunggu...

Friday, September 9, 2011

Gift Biskut Raya...

Alhamdulillah... tak sangka tahun nie dapat lagi kepercayaan dari Jabatan Agama Islam Perak untuk kami menyediakan 100 balang biskut raya sebagai gift...




50 balang biskut Mini Chips, dan;




50 balang biskut Chocolate Almond

Jadi tahun nie minggu pertama puasa lagi kami dah beroperasi untuk menyiapkan tempahan...




Sedia untuk dihantar...

TQ JAIPk... Moga ada rezeki kami lagi...


* Terima kasih juga yang tidak terhingga kepada Mak Kecik...sebab tolong promote...

Salam Aidilfitri

Assalammualaikum...

Lamanya dah tak update Blog nie... Sorry lah kat pembaca2 semua... Sibuk sikit sekarang nie... Biasa lah kan, nak siap kan tempahan kuih raya korang semua... Anyway...





SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR & BATIN





Kepada semua yang membeli kuih raya keluaran kami... Berbanyak terima kasih kami ucapkan... Tahun depan boleh lah order lagi... He he heee...

Wednesday, June 15, 2011

Macam Mana Nak Order?



Nak Order? Ramai yang tanya macam mana nak order....

Untuk makluman semua jika ingin membuat sebarang tempahan sila berhubung terus dengan kami...

Joe (019-6956724) @ Yat (019-5086919)

Kalau nak sms @ email sila nyatakan...

Nama :
Alamat nak hantar : (kalau nak ambik kat umah kami pun, maklumkan juga erk...)
No Telefon :
Nak Order Apa & Berapa Biji :
Nak Tulis Apa @ Tema :

Pembayaran Macam Mana?

Pasal pembayaran kami akan maklumkan selepas dapat order...
Nanti kami akan hubungi untuk confirm kan tempahan anda...
Untuk mengelakkan sebarang penipuan, anda kena bayar dulu lah baru dapat apa yang di tempah...

Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi kami...

Joe (019-6956724) @ Yat (019-5086919)


Email : ukurbahan@yahoo.com

Tuesday, June 14, 2011

Penjenamaan Semula...


Setelah sekian lama Ajyd Bakery & Pastry menyepi, kini Ajyd Bakery & Pastry kembali dengan branding terbaru....

Ummiabihana Bakery

Yer lah... dulu bujang... guna nama sendiri jer lah... so sekarang nie dah berkeluarga masukkan nama anak sekali... he he hee...

Jadi kepada pelanggan-pelanggan lama jangan lah keliru...



So sekarang nie untuk tempahan boleh lah hubungi

Joe ( 019 - 695 6724 ) @ Yat ( 019 - 508 6919 )

Email : ukurbahan@yahoo.com

Sampai ketemu lagi....



Sunday, June 12, 2011

Kini kembali lagi....



Mohon maaf kepada semua pengikut setia blog Ajyd Bakery & Pastry... Coz lama x bagi khabar berita... Harga Kek dan Biskut pun dah makin naik harga berikutan harga pasaran bahan-bahan yang makin meningkat naik...

Ajyd Bakery & Pastry juga kembali dengan beberapa produk baru untuk kalian semua...

So untuk sebarang tempahan boleh lah hubungi saya...

Wednesday, July 16, 2008

Salam Perkenalan

Salam... Hai....

Selamat berkenalan kepada semua yang sudi melawat blog nie...
Ribuan terima kasih saya ucapan kan....

Saya ada menawarkan perkhidmatan bakery & pastry...
Kepada saudara saudari yang sudi dan berminat nak buat tempahan boleh lah....
Harga berpatutan...

Tapi saya hanya buat tempahan untuk rakyat di sekitar Bota, Seri Iskandar dan Ipoh sahaja.
Bagi kawan-kawan yang berada di Kuala Lumpur.... saya akan maklumkan bila saya kesana.
Jika nak buat tempahan boleh lah....

Segala urusan boleh dibuat melalui telefon @ email kepada saya....
Biarlah 2 @ 3 hari sebelum majlis / keraian....

Joe
019-6956724
ukurbahan@yahoo.com